MY beloved HAdis..

Kategori : AKIDAH Akhlak 
Tajuk :Bakhil Meskipun Kaya 
Hadith : Dari Abdullah bin Mas’ud, 

katanya: ”Bersabda Rasulullah s.a.w. “ Tidak akan masuk syurga sesiapa yang ada di dalam hatinya seberat zarah (atom) dari sifat takbur (sombong).” Berkata seorang laki-laki: “Sesungguhnya semua orang ingin agar pakaiannya bagus dan sandalnya bagus.” Berkata Rasulullah s.a.w. “Sebenarnya Allah itu bagus dan cinta kepada kecantikan); takbur itu ialah menolak kebenaran dan tidak menghargai orang lain.”

(Muslim)



Kategori : MUNAKAHAT Nikah  
Tajuk :
“kasi” Vs “kahwin”
Hadith :

Dari Sa’ad bin Abi Waqas r.a 
katanya:”Rasulullah SAW pernah melarang ‘Usman bin Mazh’un untuk membujang selamanya kerana semata-mata hendak melakukan ibadah kepada Allah. Andaikan Rasulullah SAW mengizinkan tentunya kami sudah mengebiri (mengkasikan) diri kami.”

 
(Muslim)

  


      

Kategori : AKIDAH Akhlak  
Tajuk :
Pembesar Melalaikan Solat
 
Dari Abu Dzar r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku:”Bakal terjadi sesudahku, di mana para pembesar melalaikan solat. Kerana itu solatlah kamu tepat pada waktunya. Jika kamu solat kembali bersama mereka, maka itu adalah suatu keuntungan (sunat) bagimu. Jika tidak maka sesungguhnya kamu sudah menjaga solatmu.”
 



 





0 Response to "MY beloved HAdis.."

Catat Ulasan

Ade bran... tekan la!

Tlg la cari web ni..