KENAPA ORANG MALAYSIA TAKUT DENGAN WAHABI???

Bulan November 2008 ini genaplah tiga tahun laporan muka utama sebuah akhbar perdana tempatan yang berjudul “Fahaman Wahabi Menular”. Kebanyakan kenyataan dalam laporan tersebut adalah tidak tepat sebagaimana yang telah dijelaskan oleh sahabat saya, Mohd. Yaakub bin Mohd. Yunus dalam bukunyaFahaman Wahabi Menular: Satu Analisis Terhadap Dakwaan Yang Ditimbulkan Oleh Akhbar Utusan Malaysia terbitan Jahabersa, Johor Bahru, 2006. Namun ada dua kenyataan yang boleh dikatakan tepat:

* Pertama: Laporan tersebut menyatakan bahawa fahaman Wahabi sedang menular. Ini tepat, bahkan yang lebih jitu adalah fahaman Wahabi memang sungguh-sungguh sedang menular. Ia seumpama arus tsunami yang menenggelamkan pelbagai fahaman, pengaruh, jamaah dan aliran lain yang ada di Malaysia.

* Kedua: Laporan tersebut menyatakan bahawa fahaman Wahabi mendapat tempat di kalangan cerdik pandai umat Islam. Ini tepat, tetapi realiti masa kini membuktikan bahawa fahaman Wahabi juga sudah mendapat tempat di kalangan mereka yang berada dalam pelbagai lapisan dan latarbelakang.

Apa Dan Kenapa Wahabi?

Saya biasa ditanya, apakah fahaman Wahabi? Jawapan saya mudah sahaja: “Ia adalah pemikiran dan amalan Islam berdasarkan dalil dan hujah yang berbeza dengan kebiasaan masyarakat”. Soalan seterusnya, kenapa fahaman Wahabi mendapat tempat secara meluas di kalangan umat Islam? Terdapat beberapa jawapan bagi persoalan ini:

Pertama: Fahaman ini memandang Islam sebagai suatu agama yang berdasarkan ilmu. Oleh itu ia tidak membicarakan Islam melainkan dengan metodologi ilmiah yang tinggi lagi berdisiplin. Fahaman ini menolak bicara Islam yang berdasarkan mitos, khayalan, cerita-cerita dongeng dan apa-apa yang seumpama. Dalam suasana umat Islam yang semakin meningkat taraf keilmuannya, mereka mula beralih kepada Islam yang berdasarkan ilmu, yakni dalil dan hujah.

Kedua: Fahaman ini meningkatkan lagi penghayatan umat Islam terhadap agama Islam. Jika sebelum ini umat hanya mengenal Islam berdasarkan hafalan “fardhu ain”, kini umat mula mengenal Islam berdasarkan dalil dan hujah. Umat Islam mula mengenal kenapa mereka beribadah dengan tatacara sekian-sekian, hikmah di sebalik sesuatu ibadah, tujuan di sebalik sesuatu hukum dan objektif yang ingin dicapai oleh syari’at kepada manusia.

Ketiga: Fahaman ini memberi penekanan kepada usaha tajdid, iaitu usaha membersihkan agama Islam dari pelbagai pencemaran sehingga ia kembali tulen. Ketulenan ini adalah sesuatu yang benar-benar asing kepada masyarakat sehingga mereka menganggap ia adalah sesuatu yang baru, sekali pun ia sebenarnya sudah wujud sejak lebih 1400 tahun yang lalu. Usaha tajdid memberi nafas baru kepada umat Islam. Mereka mula melihat keindahan, kemudahan dan kesyumulan Islam sebagaimana yang dilihat oleh generasi pertama yang menerimanya secara tulen daripada Rasulullah s.a.w..

Keempat: Fahaman ini menyentuh isu-isu terkini lagi relevan dengan suasana umat Islam. Sebagai contoh, apabila fahaman yang lain masih memberi perhatian kepada hukum berwudhu’ dengan air perigi, fahaman ini memberi perhatian kepada hukum berwudhu’ dalam kapalterbang. Apabila fahaman lain memberi perhatian kepada cara berzikir di atas pokok, fahaman ini memberi perhatian kepada cara beribadah di atas kenderaan moden seperti LRT, Monorail, Komuter dan sebagainya. Oleh itu tidak asing juga apabila didapati antara yang kehadapan dalam menangani isu-isu liberalisme, pluralisme, feminisme dan athiesisme adalah tokoh-tokoh yang disandarkan kepada fahaman ini.

Kelima: Fahaman ini tidak membataskan ahli-ahlinya kepada jamaah tertentu. Tidak ada sistem mendaftar keahlian, berbai’ah kepada amir, perlantikan ahli jawatan kuasa tahunan dan lain-lain yang biasa ditemui dalam jamaah-jamaah Islam. Seseorang itu boleh sahaja mengikuti fahaman ini dan pada waktu yang sama terus bergiat aktif dengan jamaah yang dianggotainya. Hanya saja fahaman ini mengingatkan umat Islam agar membetulkan tujuan mereka bergiat aktif di dalam sesuatu jamaah. Hendaklah tujuan tersebut demi kebaikan Islam dan umatnya, bukan demi memelihara maruah jamaah dan menjaga kedudukannya sebagai yang terbaik berbanding jamaah-jamaah yang lain.

Di Mana Salahnya Fahaman Wahabi?

Secara umum, tidak ada yang salah dengan fahaman Wahabi kecuali namanya. Memang, ada segelintir orang yang mengikuti fahaman ini dengan semangat yang mendahului ilmu dan kematangan sehingga mereka berlebih-lebihan dalam mengkritik dan mencela. Namun tindakan segelintir tidak boleh dijadikan hujah untuk menghitamkan keseluruhan fahaman ini dan majoriti yang mengikutinya berdasarkan ilmu dan kematangan.

Fahaman Wahabi bukanlah sesuatu yang asing dalam Islam atau terkeluar dari Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah. Malah ia lebih mendekati Islam yang sebenar dan Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah yang tulen. Terkecuali adalah nama “Wahabi” yang disandarkan kepada fahaman ini, ia adalah nama yang sengaja digunakan oleh sebahagian agamawan sebagai senjata untuk menakutkan orang ramai dan menjauhkan mereka daripada fahaman yang murni ini. Kenapakah perlu ditakut dan dijauhkan orang ramai daripada fahaman ini? Paling kurang ada dua sebab utama:

Sebab Pertama: Apabila fahaman ini membicarakan Islam berdasarkan metodologi ilmiah, akan terbongkar kesilapan, kedongengan dan kepalsuan apa yang selama ini disampaikan oleh para agamawan tersebut. Dalam menghadapi suasana ini, para agamawan terbahagi kepada dua kategori:

* Pertama adalah mereka yang bekerjaya dalam jurusan agama berdasarkan sikap jujur lagi amanah. Mereka membetulkan apa yang pernah disampaikan sebelum ini seandainya ia sememangnya tidak tepat.

* Kedua adalah mereka yang bekerjaya dalam jurusan agama kerana maruah dan status. Mereka sukar untuk mengakui bahawa apa yang mereka sampaikan sebelum ini adalah tidak tepat. Maka mereka mencari helah untuk menakutkan orang ramai dan menjauhkan mereka dari kebenaran tersebut. Helah tersebut adalah: “Berhati-hatilah dengan fahaman Wahabi kerana ia terkeluar dari Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah……”

Sebab Kedua: Fahaman ini benar-benar mendapat sambutan daripada umat Islam sehingga kuliah-kuliah pimpinan tokohnya dibanjiri oleh hadirin dari pelbagai latarbelakang. Suasana ini bertolak belakang dengan kuliah-kuliah lain yang semakin lengang sehingga akhirnya dibatalkan oleh pihak penganjur. Dalam menghadapi suasana ini, sekali lagi para agamawan terbahagi kepada dua kategori:

* Pertama adalah mereka yang memiliki sikap yang positif dimana dengan sikap tersebut mereka berusaha untuk mempertingkatkan mutu kuliah yang disampaikan, selari dengan kehendak para hadirin.

* Kedua adalah mereka yang memiliki sikap yang negatif dimana mereka enggan mempertingkatkan
mutu kuliah yang disampaikan. Pada waktu yang sama mereka tidak boleh berdiam diri kerana semua ini melibatkan sumber pendapatan mereka. Dengan berkurangnya jemputan, berkuranglah juga pendapatan. Maka mereka perlu mencari helah untuk menjanakan kembali sumber pendapatan dengan berkata: “Berhati-hatilah dengan kuliah orang-orang Wahabi, mereka itu ditaja oleh pihak Barat……”

Siapa Yang Sebenarnya Salah?

Diharapkan melalui penjelasan yang ringkas di atas, para pembaca sekalian dapat mengetahui kisah sebenar di sebalik gelaran atau tuduhan “Wahabi”. Tidak percaya? Cubalah mengkaji salah satu dari kitab Mazhab asy-Syafi’e yang muktabar dan pilih satu hukum atau amalan yang berbeza dari kebiasaan masyarakat. Nescaya anda akan dituduh “Wahabi” sekalipun rujukan anda ialah kitab muktabar Mazhab asy-Syafi’e.

Di sini ingin saya tambah, bahawa yang tidak benar bukan sekadar tuduhan “Wahabi”, tetapi sikap orang yang menuduh itu sendiri adalah tidak benar. Ini kerana Islam melarang umatnya daripada tuduh-menuduh, cemoh-mencemuh dan memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang tidak baik. Allah s.w.t. berfirman, maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu kumpulan (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan kumpulan lelaki yang lain, (kerana) boleh jadi kumpulan yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu kumpulan dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan kumpulan perempuan yang lain, (kerana) boleh jadi kumpulan yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka;

Dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.” [al-Hujurat 49:11]

Akhir kata, apabila anda mendengar seseorang berkata: “Si fulan Wahabi”, “Kumpulan itu Wahabi”, “Ini majalah Wahabi” atau apa-apa tuduhan seumpama, maka ketahuilah bahawa kesalahan tidak terletak pada yang dituduh tetapi pada yang menuduh.

MENGENAL ZAMIHAN MAT ZAIN AL-GHARI - INDIVIDU YANG MENUDUH USTAZ HADI AWANG SEBAGAI SEORANG PENGGANAS.

Di seminar yang dianjurkan oleh MHDS, salah seorang pensyarah yang telah dijemput hadir ialah Zamihan al-Ghari. Kami telah pun sedikit sebanyak menyentuh mengenai kontroversi beliau di Malaysia dan bagaimana beliau telah disaman malu disebabkan fitnah yang disebarkan. (Rujuk: MISC006E: The Dr Asri Debacle - Agents of Fitna)
Kitab-kitab dan artikel-artikel beliau banyak merujuk kepada tulisan-tulisan beberapa tokoh yang juga bersifat kontroversi. Kitab beliau, "Salafiyah Wahabiyah" banyak merujuk kepada kajian dan tulisan Hassan al-Saqqaf, manakala kitab kecil yang bertajuk "Hukum Menggerakkan Jari Telunjuk Ketika Bertasyahud Dalam Solat" adalah keseluruhannya suatu terjemahan tulisan Hassan al-Saqqaf.

Pihak MHDS menjual kitab-kitab tersebut pada setiap acara mereka di serata Singapura dan juga acara-acara yang dibawah syarikat pelancongan pengarahnya.

Semoga ulasan ringkas berikutnya dapat membantu kita mempertahankan 'aqidah kita dari kerancuan dan penyelewengan tanpa kita sedari.

Siapa Hassan al-Saqqaf?
Hassan Ibn Ali al-Saqqaf berasal dari Jordan. Beliau mendakwa dari keturunan Khalifah Ali Ibn Abi Talib radhiyallahu'anhu dan cukup berbangga dengan pangkat itu seolah-olah ianya menjaminkan dirinya bersifat ma'sum dan sentiasa di atas kebenaran.

Beliau cuba menonjolkan diri bahawa beliau seorang ahli Sunnah yang bermazhab al-Imam al-Syafi`i. Dalam masa yang sama beliau selalu menghentam secara lisan para sahabah yang terlibat dalam peperangan menentang Khalifah Ali Ibn Abi Talib radhiyallahu'anhu.

Di negara-negara Timur Tengah, istilah "as-Saqqafiyyah" ini amat masyhur bagi merujuk kepada pemikiran rosak golongan yang merujuk kepada kitab-kitab dan tulisan-tulisan pengasasnya, Hassan al-Saqqaf.

Berikut kami akan paparkan dua contoh penyelewengan Hassan al-Saqqaf yang telah dikutip oleh Zamihan al-Ghari di dalam kitabnya.

1) Mencela Para Sahabat
Menurut Prof. Madya Abdul Fattah Haron Ibrahim, bekas pensyarah Universiti Kebangsann Malaysia (UKM), kitab "Kesahihan As-Salaf dan Al-Khalaf" adalah cetakan pertama kitab "Salafiyah Wahabiyah", lalu telah dihapuskan beberapa hal dalam cetakan selanjutnya.

Hassan al-Saqqaf lalu, dengan hadith ini, mengaitkan ‘peristiwa murtad’ yang berlaku pada Zaman Khalifah Abu Bakr As-Siddiq sebagai alasan dan bukti untuk menjustifikasikan bahawa sebahagian Sahabat telah murtad. Semoga Allah melindungi kami dari bersikap biadap terhadap para Sahabat.

Jika kita merujuk pada syarah Imam an-Nawawi rahimahullah mengenai hadith ini, beliau memaksudkan istilah "sahabat" sebagai berikut:

"Mereka yang dinisbahkan kepada persahabatan dengan Baginda shallallahu 'alayhi wasallam (dari kalangan Umat Baginda)" (Jilid 17, Halaman 125)

Beliau bermaksud: mereka yang dinisbahkan kepada persahabatan dengan Baginda shallallahu 'alayhi wasallam dalam konteks bahasanya dan bukannya dalam konteks istilah ulama.

Maksud sedemikian disokong oleh riwayat kedua yang juga di riwayatkan oleh Muslim selepas riwayat di atas dengan lafaz:

“Pada umatku terdapat 12 orang munafiq…”

Inilah antara kepentingan Ilmu Takhrij Hadith yang melibatkan pengumpulan riwayat kerana sebahagian riwayat itu boleh membantu kita memahami maksud sebahagian yang lain.

Besar kemungkinan as-Saqqaf memang tahu bahawa perkataan أصحابي tersebut bukan bermaksud Sahabat Rasulullah shallallahu 'alayhi wasallam mengikut istilah Ulama. Namun, lantaran kecenderungannya kepada pemikiran Syi'ah, beliau hanya ingin mengelirukan golongan yang bebal dan malas mengkaji.

Sayangnya, Zamihan al-Ghari sekadar memetik dari kata-kata as-Saqqaf tanpa merujuk kitab asal dan syarah para ulama Ahlussunnah terhadap hadith tersebut.

Rasulullah shallallahu 'alayhi wasallam telah berpesan:
“Jangan kamu mengecam Sahabat-sahabat ku! Jangan kamu mencela Sahabat-sahabat ku! Kerana demi (Allah) yang nyawaku di tanganNya, jika seseorang daripada kamu membelanjakan emas sebesar Bukit Uhud sekalipun nescaya tidak menyamai nilai secupak emas atau setengah cupak emas yang dibelanjakan oleh mereka” (Hadith Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

2) Menuduh Ibn Taymiyyah rahimahullah Ber-'Aqidah Sesat
Kebencian terhadap Sheikhul Islam Ibn Taymiyyah rahimahullah amat terserlah di kalangan Syi'ah dan Sufi akibat tulisan-tulisan beliau yang membungkam firqah-firqah yang menyeleweng ini.

Perlu difahami kaedah Ahlussunnah dalam memahami Sifat-Sifat Allah, yakni tanpa tahrif, ta'thil, takyif dan tamstil.

Tahrif - tidak mengubah lafaz atau mengalih maksud Sifat-Sifat tersebut. Sifat Tangan Allah tidak diubah menjadi kekuasaan-Nya atau nikmat-Nya.

Ta’thil - tidak menolak atau menafikan atau mengalih (takwil) Sifat-sifat tersebut selagi ianya dikhabarkan oleh nas yang sahih.

Takyif - tidak bertanya atau menggambarkan bagaimana bentuk atau ciri-ciri atau tatacara Sifat-sifat tersebut, yakni tidak menjisimkannya.

Tamtsil - tidak menyerupa atau mengumpamakan Sifat-sifat tersebut dengan mana-mana makhluk yang ada di sekalian alam.

Cukuplah buat masa sekarang ini kami mengungkapkan penafian Ibn Taymiyyah sendiri terhadap tuduhan tersebut:

“Sesungguhnya (sesiapa yang) menjadikan sifat Allah seumpama sifat makhluk-makhluk, seperti berkata: “Istiwa’ Allah sebagaimana istiwa’ makhluk atau “Nuzul (Penurunan) Allah sebagai nuzul makhluk” dan apa-apa lain seperti itu, maka (orang itu) adalah seorang pembuat bid‘ah yang sesat. Kerana sesungguhnya al-Qur’an dan al-Sunnah bersama akal telah menunjukkan bahawa Allah tiadalah Dia seumpama makhluk-makhluk dalam apa jua bentuk atau cara sekalipun.” (Majmu' al-Fatawa, 5/262. )

Pandangan JAKIM Terhadap Hassan al-Saqqaf
Malah, lebih dari sekadar mengumumkan kecenderungan as-Saqqaf terhadap fahaman Syi'ah (sebagaimana dipaparkan di atas), kajian Cawangan Aqidah JAKIM ini juga telah mendedahkan hubungkait fahaman ekstremis al-Ahbash dengan golongan as-Saqqafiyyah.

Al-Ahbash adalah kumpulan sufi yang mengkafirkan ramai di kalangan ulama terdahulu dan juga ulama sekarang, termasuk Ibn Taymiyyah rahimahullah. Mereka telah difatwakan sesat oleh Mufti Mesir, Kajian Islam al-Azhar, Institut Kajian Ilmiah Arab Saudi dan Majlis Tertinggi Fatwa Amerika Selatan.

Golongan as-Saqqafiyyah juga telah dikecam oleh para ulama Jordan seperti Sheikh Syu'aib al-Arnauth dan Prof. Dr. Qahthan al-Duri al-Iraqi. Mereka berkomentar bahawa golongan as-Saqqafiyah akan menggalakkan budaya tuduh-menuduh dan membawa kepada kafir-mengkafir sewsama umat Islam.

Penutup

 
Di Singapura juga, terdapat golongan yang mengedepankan pemikiran as-Saqqafiyyah yang membahayakan perpaduan umat.

Insha Allah, dalam artikel-artikel berikut, akan kami paparkan tulisan-tulisan dan rakaman-rakaman golongan sufi yang melampau di Singapura yang menyesatkan Sheikul Islam Ibn Taymiyyah secara zalim. Kami akan juga melihat contoh-contoh golongan Sufi Takfiri, yakni golongan sufi yang gemar menyesatkan dan mengkafirkan, dan juga hubungkait rapat gerakan Sufi dengan gerakan Syi'ah.

Rujukan:

 
"Isu Wahhabiyah: Menanganinya Secara Realiti"oleh Mohd Aizam Bin Mas'od, Cawangan Aqidah JAKIM
"Penyelewengan Pemikiran as-Saqqafiyyah" oleh Prof. Madya Abdul Fattah Haron Ibrahim
"Pembongkaran Jenayah Ilmiah Buku Salafiyah Wahabiyah" oleh Hafiz Firdaus Abdullah

Disusun oleh: Akh Ibn Muhammad

CLOSED FACEBOOK !!!

Terserah kepada pembaca blog ini untuk menerima atau pun tidak....
Moga rahmat Allah sentiasa bersama org prihatin Islam itu harus dipertahan dan diperjuangkan......

Sumber:Majalah Al ISlam,Keluaran September 2009

Sedar atau tidak dalam kealpaan kita melayari Facebook kita membunuh mereka dalam keadaan yang tanpa kita sedari. Kalau sebelum ini kita memboikot barangan keluaran mereka,kini satu lagi wasilah yang mereka gunakan untuk membunug saudara kita di Palestin. Sebelum itu saya ingin timbul persoalan:adakah sebelum ini anda kisah tentang cakna tentang saudara kita disana atau sekadar melepas batu ditangga...sama2 muhasabah diri kita...
10. sebenarnya orang-orang Yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.

Tabarakallah...
Artikel dalam Majalah Al Islam membongkar rahsia musuh Islam disebalik Facebook ini...Kembali kpd fenomena Facebook, tahun lalu pengguna tetapnya menjangkau 140 juta org. Tetapi baru-baru ini Facebook mengeluarkan kenyataan, penggunanya meningkay ke 240 juta org. Satu angka yg cukup besar untuk tempoh setahun. Jadi tidak hairanlah jika Facebook boleh menjana pendapatan hingga AS$300 juta pada tahun 2008.
Dua buah negara yang telah menyekat penaksesan laman web ini atas sebab2 tertentu iaitu Indonesia dan Iran.Pun begitu sebelum pengharaman oleh dua buah negara tersebut dibuat, wujud desas-sdesus yg mengaitkan penglibatan laman web tersebut dalam membiayai peperangan di Gaza.

Siapakah Mark Zuckerberg???

Daripada kajian yg dilakukan, Facebook dimiliki oleh Mark Zuckerberg, seorang graduan sains komputer dari Universiti Harvard. Zuckerberg adalah anak pasangan Yahudi, Edarwd dan Karen Zuckerberg yg dibesarkan di Amerika Syarikat. Bapanya seorang doktor gigi manakala emaknya pakar perubatan. Zuckerberg dikatakan seorang yg genius komputer sejak kecil lagi. Malah diceritakan, ketika berusia belasan tahun dia sudahpun mencipta satu permainan komputer yg dinamakan Risk dan permainan muzik, Synapse. Ketika Facebook dilancarkan pada 4 Februari 2004 dari bilik asramanya, tujuannya untuk memudahkan mahasiswa Havard berhubung antara satu sama lain. Bagaimanapun atas permintaan ramai ia dikembangkan ke universiti di sekitarnya.

Semasa di Universiti Havard, Zuckerberg menjadi anggota Alpha Epsilon Pi (AEPi) yg aktif. Alpha Epsilon Pi adalah pertubuhan persaudaraan Mahasiswa Yahudi yg kuat di Amerika ASyarikat (AS) dan Kanada. Kaitannya dengan Israel, berlangsung apabila ia dikatakan sebagai yg pertama dan satu-satunya pertubuhan persaudaraan di Israel. Penubuhan persaudaraan Yahudi ini membuka keahliannya kepada seluruh pelajar universiti berbangsa Yahudi di AS. Asas utama pertubuhan ini adalah membina semangat kepimpinan di kalangan mahasiswa Yahudi sekali gus menjadi pemimpin bangsa di masa akan datang yg benar-benar memahami idea, nilai dan etika yahudi.
Manakala laman blog Rizki Yudhistira seorang pakar IT, memetik kata-kata yg dilontarkan oleh Joel Leyden yg memanfaatkan sepenuhnya Facebook untuk menyokong tentera Israel semasa perang di Gaza. Siapa sebenarnya Joel Leyden? Dia adalah wartawan, pemilik Israel News Agency dan mencipta laman web komersil pertama di Israel.
Leyden mencipta Facebooknya sendiri tiga jam selepas serangan pertama yg dilancarkan Israel ke atas Gaza. Menerusi Facebook dia membakar semangat tentera Israel yg mempertahankan sempadan dan kedaulatan Israel. Ia menjadi medan perbincangan dan hamburan kata-kata semangat untuk tentera serta orang Israel.
Kenalan menyertainya mencapai 17,000 pada 30 Disember tahun lalu. Leyden mengambil peluang menggunakan Facebook untuk mempengaruhi dunia bahawa Israel mempertahankan negaranya dari serangan pengganas Muslim di semenanjung Gaza. Berserta dengan video You tube, Leyden cuba memberi penerangan lebih jelas kenapa Israel perlu melancarkan perang ke atas penduduk di Gaza yg dilabelkan sebagai pengganas Islam.
Lain pula kisahnya di Indonesia. Kumpulan Cyber Jihad yg diketuai oleh Muhammad Jibriel atau lebih dikenali sebagai Prince of Jihad yg memperjuangkan suara Islam dan jihad di dalam dunia cyber, akhirnya tidak 'diizinkan' untuk melayari laman web tersebut. Suaranya yg cukup lantang, telah menarik perhatian pihak pengurusan Facebook untuk menutup akaun milik Kumpulan Cyber Jihad dan Arrahmah seperti yg dilaporkan oleh Eramuslim.com dan Arrahmah.
Di Indonesia, Facebook yg dikendalikan oleh kumpulan Arrahmah dan Cyber Jihad mempunyai keahliah yg paling ramai. Mereka tidak terkejut apabila Facebook milik pejuang Islam itu ditutup kerana sudah maklum bahawa laman web sosial itu milik Mark Zuckerberg yg juga anggota Alpha Apsilon Pi.
Soalnya, kenapa Facebook milik Leyden tidak disekat tetapi Facebook milik Cyber Jihad dan Arrahmah disekat? Sedangkan kedua-duanya mempunyai tujuan yg hampir sama iaitu membakar semangat pejuang masing-masing.

Menurut Rizki, pendapatan Facebook datang dari iklan yg banyak dipaparkan. Dari penelitiannya iklan yg terdapat di dalam Facebook mempunyai sistem yg berbeza-beza. Misalnya menggunakan kaedah CPC (cost perclick) sekali klik $0.50. Jika di dalam masa satu hari ade 1,000 orang yg klik pada iklan itu maka Facebook akan memperolehi pendapatan $500. Itu baru satu iklan, cuba bayangkan jika ada 10 atau 20 iklan. Jumlahnya kiralah sendiri.
Jika itulah jumlah wang yg diperoleh, anda boleh membayangkan berapa pula yg disalirkan untuk membiayai peperangan di Gaza. Lebih malang, sebahagian keuntungan itu disumbang oleh orang Islam. Dengan klik saja pada Facebook kita turut sama menjadi pembunuh orang Palestin di Gaza!!!

MasyaAllah,kita terlalu alpa dengan Dunia. Sama2 muhasabah diri kita dan masih belum terlambat untuk berubah....

Sumbangan Tulisan:IMRAN BIN JAAMAT

pesanan buat wanita yang sering terlupa !

Zaharuddin Abd Rahman
SOALAN
Untuk pengetahuan ustaz,ibu saya telah menyuruh saya memakai tudung ketika saya berumur 13 tahun lagi. Saya hanya menurut katanya kerana bimbang dimarahi. Walaupun begitu, sekarang saya tidak lekat memakai tudung. Ini diketahui oleh ibu saya, dia hanya mampu membebel dan berkata, adik nak buat dosa, adik tanggung la sendiri, ibu dah buat apa yang patut.
Sekarang saya sudah bekerja dan hanya memakai tudung di tempat kerja sahaja kerana di tempat saya, tindakan undang-undang akan dikenakan sekiranya pekerja tidak memakai tudung. Saya tahu hukum tidak menutup aurat, tetapi buat waktu sekarang, hati saya tidak terbuka lagi untuk terus menutup aurat (rambut dan leher).
Cara pemakaian saya tidak seperti rakan-rakan saya yang menutup aurat. Mereka bertudung tetapi pemakaian mereka tidak melambangkan imej mereka. Baju, seluar ketat yang menampakkan susuk tubuh.
Bagi yang memakai baju kurung, ada yang dari kain yang nipis dan jarang. Bagi yang berbaju kebaya, ianya terlalu ketat, berkain belah sehingga menampakkan betis dan jarang. Ada yang tidak memakai seluar tetapi memakai skirt panjang. Walaupun begitu, ianya ketat dan menampakkan garis pakaian dalam yang dipakainya.
Tudung yang dipakai pula tidak menutupi dada. Lelaki-lelaki yang memandang tidak berkelip melihat mereka. Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung. Tidak menunaikan solat, panjang tangan, mengumpat, melayan lelaki yang bukan muhrim, pengotor dan pelbagai karenah lagi. Walaupun saya tidak memakai tudung, saya menjaga solat, pemakaian dan tingkah laku saya.
Kawan-kawan saya ini ada menyuruh saya supaya terus memakai tudung tetapi saya tidak mahu menjadi hipokrit. Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh. Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang.
Semoga ALLAH membuka hati saya untuk terus memakai tudung. Amiin…
- Diera -
JAWAPAN
Ada beberapa perkara yang saudari utarakan dalam soalan dan ingin saya berikan respon ringkas. Iaitu :-
1)     Isu tidak mahu bertudung ( menutup aurat) tanpa ikhlas kerana tidak mahu hipokrit  serta tidak mahu berubah kerana disuruh.
Sebenarnya isu ini telah agak banyak saya sentuh di dalam artikel-artikel yang lalu seperti berikut :-
Namun demikian, disebabkan soalan ini ada menyentuh beberapa isu yang agak semasa dan kerap, saya berasa perlu untuk memberikan ulasan tambahan.
Begini ulasannya, Allah swt dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah untuk menutup aurat dan bukan hanya bertudung.
Justeru, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri, dia tetap WAJIB di sisi Allah untuk melaksanakan kewajiban itu.
Sebagaimana seorang pemandu tidak berhemah warganegara Malaysia yang menetap di United Kingdom (UK), dia akan terpaksa mengubah cara pemanduannya kerana hemah pemandu di UK amat tinggi, sesiapa sahaja yang kurang berhemah akan segera mendapat teguran pemandu lain, malah adakalanya pemandu lain akan segera menelefon polis atau mencatat nombor plat kereta untuk diadukan kepada polis.
Atas sebab itu, pemandu yang asalnya ‘brutal’ di Malaysia, TERPAKSA berubah di UK.  Tidak kiralah sama ada dia berubah kerana hipokrit, terpaksa, tidak ikhlas atau apa jua sebab lauaran. Hakikatnya, dia MESTI berubah, kerana itu adalah system dan regulasinya. Mengabaikannya akan membawa mudarat kepada diri sendiri dan pemandu orang lain.
Sama seperti menutup aurat dan bertudung, itu adalah regulasi oleh agama Islam, mengabaikannya akan membawa mudarat spiritual kepada diri sendiri dan juga orang lain (kerana setiap lelaki yang melihat aurat wanita bukan mahram, akan berdosa dan dosanya dikongsi bersama oleh wanita tersebut).!
Justeru itu, hipokrit tidak boleh sama sekali menjadi PENGHALANG untuk mengerjakan semua KEWAJIBAN agama, termasuk menutup aurat. Ia adalah arahan Allah dan hak Allah untuk menguji hambanya.
Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Kewajiban untuk melakukan semua arahan wajib dan menjauhi larangan  yang diharam tetap tertanggung di atas bahunya, walaupun dia tidak ikhlas atau masih gagal mencapai tahap Ikhlas.
Apa yang perlu diusahakan adalah terus menerus berusaha memperoleh ikhlas semasa melaksanakan perintah dan menjauhi larangan itu. Itu boleh dianggap sebagai adalah level kedua kesempurnaan ibadah. Level pertama adalah mesti melaksanakan tuntutan Islam.
Perlu diingat, jika seseorang menutup aurat dan menunaikan solat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir.
Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, tidak juga solat atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya. Tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI. Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat.
Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki.
Kesimpulannya, ‘ingin berubah hasil hati sendiri’, ‘tidak ikhlas’ dan ‘tidak mahu hipokrit’ itu semuanya hanya bisikan syaitan yang ingin menyesatkan hamba Allah agar terus menerus menjauhi kewajibannya. Sedarlah agar jangan lagi terpedaya, ingatlah berterusan dalam dosa sedang mengetahui hukumnya akan terus menerus menambah besar kemurkaan Allah swt dan akan menjadikan diri sama sekali TIDAK MAMPU berubah di satu hari nanti yang diharapkan.
2)    MEREKA YANG BERTUDUNG TAPI TIDAK SEMPURNA DAN BERAKHLAK BURUK.
Sebelum mengulas, isu sebegini telah pernah saya ulas sbeelum ini di artikel :

Kembali kepada persoalan saudari, dari bait-bait ayat saudari, kelihatan saudari begitu benci dan terganggu serta terkesan dengan keburukan akhlak dan cara tutupan aurat rakan sekerja yang lain yang dikatakan memakai tudung tetapi ketat dan sebagainya. Sehingga saudari merasa mereka semua hipokrit, buruk perangai, pengotor dan sebagainya, walau bertudung.
Sebelum itu, saya perlu ingatkan saudari dikira bertuah kerana mendapat kerja di sebuah syarikat yang begitu perihatin dalam masalah agama sehingga mewajibkan kakitangan mereka untuk menutup aurat.
Satu perkara mesti jelas juga, semua wanita yang bertudung tetapi berbaju ketat, skirt panjang terbelah, berbaju kebaya sempit dan sebagainya, semua mereka berada di satu level pada pandangan Islam. Iaitu SEMUA SEDANG MELAKUKAN DOSA DAN SEMUA TIDAK MENUTUP AURAT.
Justeru, adalah SALAH bagi saudari menganggap ‘rakan sekerja itu’ SEBAGAI MENUTUP AURAT TETAPI BURUK AKHLAK DAN BEROSA. Sebabnya, mereka juga TIDAK MENUTUP AURAT.
Malah jika mereka benar-benar menutup aurat sekalipun, adalah SALAH untuk merujuk kepada mereka dalam menetap pendirian sama ada saudari perlu sudah sampai masa untuk menutup aurat atau tidak.
Ingatlah bahawa yang diwajibkan oleh Allah bukanlah hanya bertudung kepala dan menutup leher, tetapi menutup seluruh bahagian aurat tubuh sebagaimana yang telah saya terangkan di dalam artikel Aurat wanita apa sudah jadi?
Selain itu, adalah salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan uuntuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik.
Jelas dari hadis Nabi s.a.w, dalam hal agama dan kepatuhannya, kita mesti sentiasa melihat mereka yang lebih dari kita, agar kita terus berusaha
Manakala dalam hal keduniaan, barulah kita disuruh oleh Islam untuk melihat mereka yang kurang berbanding kita, agar kita lebih tahu untuk bersyukur dan tidak dijangkiti penyakit tamak.
Sabda Nabi :-
Ertinya : Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya  kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya .. ( Riwayat At-Tirmidzi, 4/665 ; Hadis Sohih menurut Tirmidzi dan Albani)
3)     WALAUPUN TIDAK MEMAKAI TUDUNG (MENUTUP AURAT) TETAPI MASIH JAGA SOLAT DAN MAMPU MENJAGA TINGKAH LAKU.
Tahniah atas kemampuan saudari untuk terus menjaga solat dan menjaga tingkah laku, namun solat yang hakiki dan ikhlas akan menghasilkan seorang yang gerun melakukan dosa, serta akan mendorong sesoerang untuk tanpa lengah menunaikan tanggungjawab yang diarahkan Allah.
Namun apabila saudari terus redha dalam pembukaan aurat sedangkan saudari menunaikan solat, ia bermakna solat saudari juga bermasalah. Tapi jangan pula mengatakan, “kalau begitu saya tak mahu solat kerana tak mahu hipokrit”, ia telah kita bincang di atas tadi.
Juga, buktikan kepada diri bahawa jagaan solat saudari adalah benar-benar sebuah ketaatan dan bukan hanya kosong tanpa isi. Tanda awal ia adalah benar-benar sebuah solat adalah saudari akan terbuka hati dengan cepat untuk menutup aurat tanpa terkesan dek buruk perangai orang sekitar yang kononnya menutup aurat tetapi buruk.
Justeru, saya menasihatkan saudari agar segera keluar dari jenis individu yang saudari sendiri benci (bertudung atau tutup aurat tapi tak solat, mengumpat dsbgnya). Saudari membenci perangai mereka tetapi dari sudut pandangan agama,  saudari sebenanrya adalah sebahagian dari mereka kerana :
Mereka yang menutup aurat dan buruk perangai adalah sama darjatnya dengan mereka yang solat tapi tidak menutup aurat.
Kedua-duanya tidak bertanggungjawab terhadap Allah dan sedang melakukan dosa.
Malah saudari juga patut bersyukur mendapat ibu yang prihatin soal kewajiban agama, terlalu ramai ibu di zaman ini yang hanyut dan lebih suka anak perempuan mereka mengikuti gaya yang disukai  syaitan iaitu seksi.
Lalu apabila ibu menyuruh, Allah juga mengarahkan, maka saudari bukan sahaja berdosa kerana aurat saudari yang terbuka, malah juga berdosa kerana tidak mematuhi suruhan dan harapan ibu, selain berdosa melanggar arahan Allah.
Bukankah mentaati ibu dalam hal yang tidak membawa dosa adalah WAJIB?. Dan jatuh derhaka bagi seorang anak yang mengguris perasaan ibu, khususnya dalam hal nasihat ibu untuk kita mentaati arahan Allah swt.
4)            BUKAN SEKARANG MASA UNTUK BERUBAH.?
Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin beurbah. Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi.
Kebaikan dan pelaksanaan tanggungjawab jangan sesekali ditangguhkan, kelak tidak kempunan di hadapan Allah.
Moga Allah membantu saudari untuk segera berubah dan terbuka untuk menerima jawapan ini.
Saya juga doakan saudari untuk segera berHIJRAH KE ARAH kebaikan, dan teruslah kita semua berusaha untuk ikhlas dalam semua amalan kita.
Ertinya : ” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)
KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT
KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt’ berlengan pendek.
KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.
KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :
“Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR.” (an-Nur: 31)
Pengertian khumur (tudung), iaitu semua alat yang dapat dipakai untuk menutup kepala. Sedang apa yang disebut ‘juyub’ kata jama’ (bentuk plural) dari kata jaibun, yaitu belahan dada yang terbuka, tidak tertutup oleh pakaian/baju.
Setiap perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya termasuk juga leher, sehingga semua tempat-tempat yang boleh membawa fitnah tertutup dari perkara yang memungkinkan dilihat oleh orang-orang yang jahat hatinya.

Menurut Syeikh Al-Qaradawi juga, ini tidak sama dengan make-up dan cat-cat yang biasa dipakai oleh perempuan-perempuan zaman sekarang untuk memakai gincu dan bedak merah di pipi serta kuku. Make-up ini semua termasuk berlebih-lebihan yang sangat tidak baik, yang tidak boleh dipakai kecuali di dalam rumah. Sebab perempuan-perempuan sekarang memakai itu semua di luar rumah, adalah untuk menarik perhatian laki-laki. Jadi jelas hukumnya adalah haram.
Namun, kiranya sesempurna mungkin seorang muslimah harus bersungguh-sungguh untuk menyembunyikan perhiasannya, termasuk wajahnya itu sendiri kalau mungkin, demi menjaga meluasnya kerusakan dan banyaknya kefasikan di zaman kita sekarang ini. Lebih-lebih kalau perempuan tersebut mempunyai paras yang cantik yang sangat dikawatirkan akan menimbulkan fitnah.
“Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya.” (an-Nur: 31)
Kesemua jenis berpakaian yang disebut tadi adalah diharamkan secara sepakat seluruh Ulama Islam. Pengarahan ini tertuju kepada perempuan-perempuan mu’minah, dimana mereka dilarang keras membuka atau menampakkan perhiasannya yang seharusnya disembunyikan, misalnya: perhiasan telinga (anting-anting), perhiasan rambut (sanggul); perhiasan leher (rantai), perhiasan dada (belahan dadanya) dan perhiasan kaki (betis dan gelang kaki). Semuanya ini tidak boleh dinampakkan kepada laki-laki lain. Mereka hanya boleh melihat muka dan kedua tapak tangan yang memang ada rukhsah untuk dinampakkan.
Amat jelas dari dalil al-Quran dan al-Hadith bahawa Islam mengharamkan perempuan memakai pakaian yang membentuk dan nipis sehingga nampak kulitnya. Termasuk diantaranya ialah pakaian yang dapat menampakkan bahagian-bahagian tubuh, khususnya tempat-tempat yang membawa fitnah, seperti: buah dada, paha, dan sebagainya.
Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim)
Mereka dikatakan berpakaian, karena memang mereka itu melilitkan pakaian pada tubuhnya, tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi menutup aurat, karena itu mereka dikatakan telanjang, karena pakaiannya terlalu tipis sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh, seperti kebanyakan pakaian perempuan sekarang ini. ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof Al-Qaradawi)
‘Bukhtun’ adalah salah satu macam daripada unta yang mempunyai kelasa (punuk) besar; rambut orang-orang perempuan seperti punuk unta tersebut karena rambutnya ditarik ke atas.
Disebalik keghaiban ini, seolah-olah Rasulullah melihat apa yang terjadi di zaman sekarang ini yang kini diwujudkan dalam bentuk dandanan rambut, dengan pelbagai macam bentuk dalam salon-salon kecantikan, lebih parah pula apabila kaum lelaki pula yang bekerja di salon seperti ini
Larangan Nipis
Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan, saudaranya iaitu Asma’ binti Abubakar pernah masuk di rumah Nabi dengan berpakaian jarang sehingga tampak kulitnya. Kemudian baginda SAW berpaling dan mengatakan:
“Hai Asma’! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haidh (cukup umurnya), tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini — sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya.” (Riwayat Abu Daud)
Walaupun terdapat perawi lemah dari hadis, tetapi diperkuat dengan hadis-hadis lain yang membolehkan melihat muka dan dua tapak tangan ketika diyakini tidak akan membawa fitnah.
Dr Yusof Al-Qaradawi menegaskan bahawa melihat secara normal kepada wanita atau lelaki, kepada selain aurat, selama tidak dilakukan dengan syahwat dan berulang-ulang, hukumnya adalah halal. (Al-Halal Wal Haram Fil Islam)
KESALAHAN KESEMBILAN : Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.
Diriwayatkan dalam sebuah Hadith :-
Ertinya : Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang (di sebelah dalamnya) (Riwayat Al-‘Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no 5043; Kanzul Ummal, no 41245) .
Menurut Imam Mujahid, hadith ini berlaku di satu ketika ada seorang wanita jatuh dari kenderaannya sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan segera Nabi SAW memalingkan wajahnya, maka para sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar. Lalu sebagai respond Rasulllah SAW memuji dan menyebut hadith di atas. ( Al-Bayan wa At-Ta’rif, Ibn Hamzah al-Husyani, 3/ 252, no 1831)
Berdasarkan dalil ini juga, bermakna Allah sentiasa melaknati wanita yang tiadk berseluar panjang (di sebelah dalamnya) semasa naik kenderaan. Demikian menurut kaedah Mafhum Mukhalafah di dalam ilmu Usul Fiqh.
KESALAHAN KESEPULUH : Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Samada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yag sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaj ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya..kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.
Larangan ini datang dari Firman Allah SWT : “Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit.” (al-Ahzab: 32)
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net

Tlg la cari web ni..